Feeds RSS

Sunday, February 28, 2010

Macam mane cah boleh terpedaya dengan sab??

Dear blog,

Saya minta maaf banyak2 dekat kamu kalau2 satu ketika nanti saya macam lama lupa ziarah dan mnulis sesuatu kepada kamu ye blog. Ini bukan salah saya. Ini semua salah sab sebab dia yang memperdaya saya supaya melahirkan kamu. Saya ni kan kamu, bukannya pandai melahirkan kata2 melalui tulisan. Apa yang saya mahu sampaikan, saya memang akan menggunakan medium percakapan, bukan penulisan. Saya lagi sekali nk kata maaf dekat kamu. Bukan salah saya, salah sab!

Blog,

Kamu nak tahu macam mana saya boleh terpedaya dengan kata2 sab? Dia memberi banyak janji2 manis kepada saya iaitu salah satunya dengan menggunakan kamu sebagai tempat untuk menceritakan apa sahaja termasuk luahan hati saya. Tapi saya bukannya pandai bab2 menzahirkan rasa2 yang ada dalam hati saya ni. Kamu faham saya kan blog??

Alahai http:// sabcah.blogspot.com,

Sab yang bagi idea untuk nama kamu ni. Kamu suka tak? Saya rasa ok la jugak. Kamu tahu blog, sab kata kat post dia sebelum ni, saya hanya suka baca dan tulis sesuatu yang dapat beri sesuatu yang baru kepada saya. Memang pon! Tapi ayat sab itu semacam bagus la kan?? Konon nak kata saya ni tak layan la bab2 perasaan dan sempoi2 camtu? Siapa kata?? Saya layan tau bab2 camtu, Cuma dalam hati jela. Hahahah. Sab lain. Dia suka menzahirkan sayang dia tapi dia kata rasa pelik kalau orang lain zahirkan sayang kat dia..aihh??

Bucuk2 kami berdua,

Word2 yang kononya di eja secara ‘kononnya comel’ adalah sangat tidak saya gemari (kecuali mesej dari sab la, kalau tak, mauhnya dia tak mesej saya lagi! hahah). Tapi sab suka. Berbeza juga kan kami? Tapi tak pe, perbezaan itu menarik. Dan kerana perbezaan2 itulah kami saling melengkapi. Contohnya, sab dapat biasiswa jpa manakala saya tidak. Jadi disebabkan perbezaan itu, sab pon belanja saya selalu. Ini contoh jela. Jarang2 sekali berlaku! Kahkah

Encik or cik blog,

Harap2 di antara kita bertiga akan sentiasa bersama. Itu doa dan harapan saya. Jangan ada salah sangka, buruk sangka, dengki, benci dan pelbagai perkara negatif berlaku antara kita. Aminn.

0 comments:

Post a Comment