Feeds RSS

Sunday, February 28, 2010

Baling batu ke atas, kena muka sendiri! adoi!!

apa punye tajuk daaa…???)

Sedang anda bercerita dengan kawan2 tentang masalah sosial remaja sekarang, pernah anda fikirkan masalah tersebut berlaku sendiri dalam keluarga atau lebih tepat lagi adik beradik anda?? Pernah??

Ye, itu yang berlaku terhadap saya sekarang. Rasa nak menangis kuat2. Tak pernah saya sangka, sebab saya RASA saya tahu adik2 saya. Saya RASA saya kenal mereka. Dan disebabkan saya hanya RASA, dan tidak secara confirm, maka berlakulah perkara ini (sadis sekali!). Tapi inilah yang dah berlaku. Dan dalam perkara ini, kami tak boleh nak salahkan siapa2 lagi dan sesuai dengan kata pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi (tapi saya cuba tepuk sebelah tangan berbunyi je..??). Emm, apa yang dapat saya kata, inilah ujian buat kami. (alhamdulillah, ada chance masuk syurga ni kalo di tangani dengan penuh sabar..yayy!!).

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(At-Taghaabun ; 11)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?

(Al-Ankabuut ; 2)

Tiba2 saya macam terfikir, sedangkan ada mereka2 di luar sana yang ditimpa ujian yang lebih berat daripada kami….apalah sangat nak dibandingkan ujian Allah buat kami ini.

(155) Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (156) (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ” Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun ( sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)

(Al-Baqarah ; 155-156)

Lepas saya dapat tahu tentang perkara ni, jenuh otak saya fikir macam mana nak handle perkara ni..” nak sms dia je ke eh?? Pastu nak tulis apa?? Ke call je terus?? Tapi nak cakap macam mana?? ” Haishh..apa punya kakaklah saya ni kan. Tapi saya ni memang tak pandai dan gagal dalam bab2 menyatakan dan menunjukkan yang saya sayang dekat adik2. Bukan dekat adik2 je, dekat siapa2 pon. Walaupon yang sebenarnya, saya memang betul2 sayangkan mereka. Huhuh.

Ok, kembali ke tajuk utama! Pastu, macam2 lah teori saya fikir nak gunakan. Habis semua apa yang saya belajar pasal psikologi semester lepas, saya fikir nak apply dalam kes ni. Saya rasa, inilah masa yang sesuai untuk saya aplikasikan apa yang saya belajar ke dalam kehidupan saya sekarang, sebelum betul2 melangkahkan kaki ke sekolah (untuk mengajar ye, bukan masuk tingkatan satu ke apa). Haha, dah jadi macam kajian kes la pulak kan. (@_@)

Bagi saya, apa2 benda yang berlaku kalau ada kaitan dengan keluarga, kita pasti akan terasa pedih sangat2 kan (eh, ke perasaan saya je yang ter’over’??). Apa2 pon, saya mesti positif dan rasional. Ingat!! Dan saya masih sedang berfikir macam mana pendekatan yang sesuai untuk saya berbincang dan menasihati adik2 kesayangan saya..?? I’ll do my very best!!

Buat adik2ku tersayang,

Aku mencintaimu

seperti bunga mencintai titah tuhannya

Tak pernah lelah

menebar mekar aroma bahagia

Tak pernah lelah

meneduhkan gelisah nyala

Aku mencintaimu

seperti matahari mencintai titah tuhannya

Tak pernah lelah

membagi cerah cahaya

Tak pernah lelah

menghangatkan jiwa

(Edited from Ketika Cinta Bertasbih 2)

p/s: adik, jangan begini. jalan kita masih panjang..

0 comments:

Post a Comment