Feeds RSS

Wednesday, March 10, 2010

GEMPAR!!!

Salam...


Huuu..tajuk semacam suspen je.


Pagi ni, bangun2 tido je terus p tengok pintu bilik. Check kunci ke tak. Pastu p la mandi. Then lepas mandi check lagi pintu. Tengah2 basuh baju kat washing area, dengar bunyi orang bukak pintu, p check lagi. Kak ida rupanya. Aishhh..lemas rase asyik check pintu je. Semacam trauma dengan pintu je..Apsal ni???


Alkisah semalam 090310 pada jam 3.00pm di bilik, kak ida (lena dibuai mimpi), saya serta kak ja sedang asyik melayan kerja masing2 sambil telinga disumbatkan dengan ear phone. Tiba2 saya terdengar orang buka pintu. Saya pon apalagi, jengukkan la kepala nk tengok siapa.


Aik?? Macam pelik je?? Siapa tu? Tiba2 masuk bilik orang tanpa salam ketuk dulu ke apa terus p bilik air sedangkan dia nampak da kepala saya yang tengah mnjenguk dia. Terus saya lari kunci pintu bilik semula dan terus p dekat kak ja..


Saya yang separuh gelabah dan separuh pelik cakap: ”kak, kak..cepat tengok siapa tu yang masuk bilik kita ni. Macam pelik je. Masuk2 terus p bilik air then terus flush. Cepat2 kak, tegur la die.”


Mula2 kak ja pon macam suspen juga tengok saya macam tu. tapi kami sama2 keluar dari compartment jugak. Yang peliknya, ‘perempuan’ tu sedang berjalan menghala ke bilik hadapan pulak. (bilik kami ni bersambung dan bertembung dengan bilik hadapan melalui bilik air. Mean, dua bilk share bilik air yang sama)


Kak ja: sis, awak nak pergi mana tu? Cari siapa?


’Perempuan’ itu jalan pula ke arah kami. Berblouse biru cair bunga2, berseluar, bertudung kecil biru gelap ala2 tudung pengawas sekolah siap berjahit tengah, ber’handbag’, berkumis, berbadan tegap, berlipstik, juga bercincin dua. Kami sama2 pandang je dia tunggu jawapan dia. Kami masih berbaik sangka terhadap dia.


Mendengarkan die menjawap ’MIN’ dengan suara kasar dan bercakap secara perlahan2 supaya kami tak cam membuatkan saya dan kak ja sama2 berpandangan. Dalam hati masing2 nak lari masuk compartmen kami menutup aurat. Gila! suara lelaki! Rupa2nya tetamu tak diundang kami itu adalah ’Encik Saudari’ (nama ’manja’ buat lelaki berpakaian wanita)..Cis!! (habis aurat kami!!! Arghhh!!!)


Kak ja: bukan2. tak ada nama MIN dalam bilik ni. Awak salah bilik. Keluar sekarang! (marah)


Kami sama2 macam naik angin tapi buat2 cool. Dia terus ke pintu bilik dan cuba bukak pintu yang dah saya kunci semula tadi selepas dia masuk. Tapi...

Herk..??nape die tak reti bukak??da banyak kali dia pusing kunci tu…


Saya: pusing dua kali kunci tu. (geram)

(Adus..saya ni pon macam bengap p ajar dia bukak kunci pintu tu buat ape! Nnt senang la pulak dia buat hal lagi.)


Selepas da berjaya bukak pintu, dia tunjuk dekat nombor bilik kami yang ada tertampal dekat pintu bilik sambil sarung sandal dia. (dalam hati, takut pulak kami kot2 dia hafal dan berdendam)


Kak ja: tak de, tak de.. awak salah bilik!! (marah)


Saya: lain kali masuk bilik orang lain bagi la salam dulu!! Ketuk dulu!! Ini tak, main masuk je!! (tengking)


Pergh..kami sama2 memang dah naik angin betul! Selamba betul dia!!

Selepas Encik Saudari tu dah blah, kami sama2 tercengang. Then jerit, Lelaki???

Kami lari p jenguk kat tingkap mana Encik Saudari tadi p. nampak dia pecut naik motor. Apalagi, kami terus call mahalah ofis dan buat aduan.


Alhamdulillah Encik Saudari tu tak sempat buat apa2. Kami nak berbaik sangka terhadap dia memang da tak boleh da. Da la masuk bilik orang lain tanpa salam dan ketuk pintu. Pastu, da nampak tuan bilik, boleh pulak dia terus je masuk bilik p bilik air. Tak ke pelik?? Kot iya pon, tanya la tuan bilik kononnya kawan dia yang bernama ’MIN’ tu ade ke tak..then bolah pulak main pergi je bilik hadapan dan jenguk2, walhal masuk ikut pintu bilik kami. Dengan suara dia yang luar biasa tu..itu boleh lagi la kot nak kata sakit tekak ke kan.


Emm.. agak2 kalau encik saudari tersebut macam comel macam jaejoong dbsk or heechul suju ke ape kan, tentu kami da layan baik2 da. Tanya dia elok2 cari siapa, siap tanya dia lagi nk curi barang apa. Jamu makanan sedap2 siap tambah persembahan tarian sorry sorry suju lagi. hahahah. tapi encik saudari yang masuk bilik kami tu bolehla dikatakan b**** banyak (eh apa ni??) dan perlu pergi kelas latihan lakonan. Tak pandai betul berlakon! Adoi!!


Huuu..itulah. nak jadi cerita kan. Kebetulan pulak hari tu kami terlupa nak kunci pintu. Tup2 ada pengajaran Allah nak bagi. Tapi alhamdulillah saya ni alert dengan bunyi pintu. So, berhati2 lah ye kawan2 sekalian. Selalu2 lah kunci pintu bilik tu. Kalau budak2 bilik hadapan tak suka kunci pintu, korang tolong lah kunci kan pintu dorang tu. Tak pe susah sikit, asalkan kita semua selamat dan berwaspada.


petang tadi kami dapat tahu lagi Encik saudari dijumpai di blok lain. Ada yang terserempak. aii, saya memang dah geram betul da dengan dia. rasa nak belasah! (eceh, cakap besar!) doalah keselamatan untuk kita semua ye..

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara2 kejahatan tersebut. amiin~


2 comments:

radhiahsyahida said...

'encik saudari'..
hoho comel je..tapi menakutkan! huhu!
btw, alhamdulillah at least xde pape kan..
thanks atas peringatan tu..
bilik dhiah pas 'peristiwa hitam' tu dh kunci setiap masa..hehe.. =]

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

huuu...seram!! Moga2 Encik Sudari diberi hidayah, kembali kepada fitrah.. :)

Cah, take care tau..

Post a Comment